Ujian pengurusan kewangan: Selepas tiga tahun anda mungkin menjadi kaya atau miskin

 

Jika anda gemuk dan sedang mengkuruskan badan, kemudian kawan anda ingin membelanja anda makan besar, anda rasa apakah niat di sebaliknya?

 

a.         saja suka-suka

b.         kerana simpati terhadap anda

c.         sengaja menguji tahap kesabaran nafsu makan anda

d.         kawan anda merasakan anda tidak akan berjaya mengkuruskan badan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawapan:

Pilihan A:

Anda akan terus bekerja tanpa menghiraukan persekitaran anda, selepas tiga tahun tahap kewangan anda adalah stabil. Golongan seperti anda lebih bersifat jujur, setiap pekerjaan anda dapat dilakukan dengan baik. Walaupun anda bukan golongan orang yang sangat kaya tetapi anda terus berusaha untuk mendapat wang yang agak banyak.

 

Pilihan B:

Anda seorang yang tiada motivasi untuk berjaya, selepas tiga tahun, tahap kewangan anda  masih di tahap yang sama. Golongan seperti anda tidak sukakan perubahan pada diri. Anda lebih suka bekerja mengikut cara anda sendiri dan sangat mementingkan maruah diri.

 

Pilihan C:

Anda seorang yang berpotensi menguruskan kewangan dengan baik, selepas tiga tahun, walaupun anda bukan sangat kaya tetapi anda masih boleh tergolong dalam golongan orang kaya. Orang seperti anda cepat mempelajari sesuatu yang baru dan seorang yang boleh menganalisis.

 

Pilihan D:

Anda seorang yang kuat bekerja untuk meningkatkan tahap kewangan, selepas tiga tahun, anda berpeluang menjadi jutawan. Orang seperti anda sangat tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan.


Links
Easy Pha-max
Gmail
Yahoo
Hotmail