|
Bagaimana mengurus gaji anda?
Siew Mei menyimpan
gajinya di dalam bank selepas mendapat gaji setiap bulan. Baki wang akan disimpan
dalam bank selepas ditolak perbelanjaan harian semasa. Tidak dapat dinafikan, juga
ada sebahagian orang suka menyimpan wangnya di dalam akaun simpanan tetap kerana
faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa.
Cara penyimpanan
dalam bank biasa digunakan. Tetapi berapakah bakinya boleh disimpan selepas gaji
ditolak perbelanjaan harian semasa? Sekiranya kita ingin menyimpan wang, kita perlu
mengambil langkah-langkah penyimpanan yang betul. Pertama, kita perlu menetapkan
satu matlamat kewangan, kemudian mengikut cara Mengagih Dulu Belanja Kemudian mengikut
tahap gaji kita.
Matlamat Kewangan
Peratusan
drpd gaji(%)
Dana Bersara / Pelaburan Jangka Panjang
15
- 25
Dana Pendidikan Anak
8 - 15
Dana Insurans
8 - 12
Gaji selepas ditolak pengagihan matlamat, bakinya 60% boleh digunakan untuk tujuan
perbelanjaan harian semasa.
Dalam dana
pengagihan bersara / pelaburan jangka panjang, adalah dicadangkan dana ini dilaburkan
dalam amanah saham tertentu mengikut keperluan kita. Walau bagaimanapun kita juga
perlu menyediakan sejumlah wang kecemasan yang cukup untuk menanpung perbelanjaan
harian semasa selama 3 – 6 bulan, wang ini boleh disimpan dalam akaun simpanan tetap
atau dilaburkan dalam dana bon supaya boleh dikeluarkan dalam masa 10 hari.
Mengapa pelaburan bulanan dengan amaun yang tertentu
digalakan?
Amount pelaburan kecil
Tidak banyak kos diperlukan untuk melabur
dalam dana amanah. Pelaburan dana amanah boleh bermula dengan amount terendah sebanyak
RM 100 sahaja.
Cara pelaburan bulanan dengan amoun tertentu adalah berasaskan Cara Kos Purata (Dollar
Cost Averaging)
Melalui cara ini, kos pelabuhan boleh
dikurangkan dengan
berkesan dalam jangka masa panjang,
walaupun berada dalam pasaran saham meningkat, kos dikurangkan maka kadar pulangan
juga bertambah.
Mengurangkan Risiko
Sesuatu dana amanah terdiri daripada
sekurang-kurangnya 20 buah syarikat ke atas yang di senarai papan saham. Sekiranya
prestasi 3 hingga 5 buah syarikat yang dilabur tidak baik tidak akan memberi kesan
yang besar terhadap prestasi keseluruhan dana amanah saham tersebut.
Kadar pulangan purata unit amanah adalah baik
Sila rujuk kepada Jadual A:
Year
EPF (%)
FD (%)
Unit Trust* (%)
2002
4.25
4.0
15.51
2003
4.50
3.7
25.50
2004
4.75
3.7
3.74
2005
5.00
3.7
10.91
2006
4.50
3.7
18.05
Average
5.37
4.6
14.74
*Equity Fund
|